KUALA LUMPUR, 15 April - YABhg Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma'ani Tun Tunku Haji Bujang selaku Penasihat MAKSAK hadiri Program Agihan Bopedas dan Penyampaian Sumbabgan Ikhlas MAKSAK Sarawak sempena Ramadan 2023.
Pada majlis tersebut, YABhg. Puan Sri Datuk Amar Juma’ani turut menyampaikan sumbangan ikhlas MAKSAK kepada empat orang penerima dan mengagihkan bubur pedas dalam majlis tersebut.
Majlis tersebut adalah anjuran Yayasan Sarawak Kuala Lumpur bertempat di pejabat Yayasan Sarawak Kuala Lumpur.
Turut hadir dalam majlis tersebut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Dato' Sri Hajah Nancy Shukri, Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar Marzuki Setiausaha Kerajaan Sarawak serta isteri, Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, Datuk Rubiah Wang. -Sarawakku
Sumber dari : Sarawakku